Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik
yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan mikroskop.
Terdapat lebih dari 1 billion organisma dalam 1 gram tanah.
Kombinasi mikroorganisma dapat mendatangkan
hasil yang lumayan jika tahu akan fungsinya tersendiri.
Mikroorganisma membantu menstabilkan tanah
dengan menghasilkan glomalin iaitu sebagai gam, menyatukan zarah
lumpur dan bahan organik dan seterusnya membantu membentuk tanah yang subur.
Mikroorganisma membantu menguraikan
sebatian rumit dalam tanah seperti tannins, linguins, protein,
karbohidrat, selulosa, pectin dan sebagainya bagi memudahkan penyerapan
oleh tumbuhan.
Penggunaan baja sintetik/ kimia secara
berterusan akan menyebabkan tanah menjadi tandus dan bakteria baik tidak dapat
hidup bersama dalam jangka masa panjang.
Baja sintetik yang diberi ibarat member
makanan terus kepada tumbuhan dan menyebabkan tanah kehilangan segala kebaikan
yang diberikan oleh mikroorganisma ini termasuk:
- Kawalan hakisan tanah.
- Menambah kandungan mineral dalam tanah.
- Menyahkan toksik.
- Menyihatkan pertumbuhan akar.
- Mengurai bahan organik dalam tanah.
Bakteria-bakteria yang terdapat dalam Alfa
Life:
1. Bakteria Fotosintesis
Bakteria yang hidup berdikari yang menjana
makanan untuk dirinya, bakteria lain dan tumbuh-tumbuhan.
Menggunakan tenaga foton dari
matahari dan bahang dari tanah untuk membakar sumber organik, sumber bukan
organik dan gas-gas merbahaya.
Menghasilkan unsur-unsur utama yang penting
untuk tumbesaran tumbuhan seperti asid amino, asid nukleik, unsur bioaktif
dan gula ringkas yang akan diserap terus oleh tumbuhan.
Unsur-unsur penting ini juga menjadi agen
yang akan menarik dan menambah bilangan bakteria-bakteria baik yang penting
untuk proses simbiosis sesama mereka.
2. Bakteria Yis
Bakteria yang hidup secara simbiosis
menggunakan hasil dari bakteria fotosintesis seperti asid amino dan gula
ringkas.
Menghasilkan unsur bioaktif seperti hormon
dan enzim-enzim yang mengaktifkan sel-sel tumbuhan dan percambahan akar.
Hasil-hasil itu juga penting untuk menarik
bakteria-bakteria baik lain seperti asid laktik.
3. Bakteria Asid Laktik
Merupakan bakteria kuat yang meneutralkan
dan merencatkan mikrob merbahaya.
Menggalakkan proses penguraian
bahan-bahan seperti lignin dan selulosa dan seterusnya mempercepatkan
prosesfermentasi.
Juga membuang toksik yang
disebabkan oleh bahan organik yang tidak terurai.
Menghasilkan asid laktik dari unsur karbohidrat
dan gula.
Secara mudah hubungan antara
bakteria-bakteria ini dapat dilihat seperti rajah dibawah:
Hubungan simbiosis antara bakteria
dalam Alfa Life
|
Sememangnya penggunaan Baja Bermikrob ini
masih sangat baru di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah jika para peladang
masih sangsi lagi akan keberkesanannya.
Tapi berdasarkan testimoni dan pengiktirafan yang
telah dilakukan oleh pihak berwajib, maka tidak mustahil bajaAlfa Life ini
akan menjadi peneraju dalam penggunaan teknologi terkini dalam bidang
pertanian.
Hubungi Kami: