Saturday, 21 September 2013

PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA OLEH ALFA LIFE

KUALITI BAJA ALFA LIFE

Demi menjaga kualiti dan hasil yang terbaik, Alfa Life telah menjalani beberapa ujian bagi membuktikan bahawa Alfa Lifeadalah baja yang terbaik di pasaran pada masa kini.
 Alfa Life telah diperakui oleh:


Felda Analytical Laboratory [Cert No: 089/2009] dan 


MARDI Agriculture Chemical Analysis Laboratory


[Test Report: D10/TR-2010(47)]
sebagai baja yang lengkap kandungan nutriennya iaitu mengandungi 16 jenis nutrien didalamnya.


Tidak syak lagi kini Alfa Life adalah baja yang lengkap dan terbaik di pasaran pada masa kini.





SUKATAN ALFA LIFE YANG DISYORKAN

UNTUK KELAPA SAWIT, GETAH & TANAMAN BERBATANG BESAR (DURIAN, MANGGA, JAMBU BATU): 
500ml Alfa Life dicampurkan dgn 18 liter air (1 tong penyembur),
untuk 1/2 ekar kelapa sawit matang (3 tahun).
Tanaman kurang 3 tahun hanya memerlukan 200ml Alfa Life + 18 liter air.
 
Mangga

UNTUK SAYUR-SAYURAN BERDAUN DAN UBI: 
500ml Alfa Life + 18 liter air,
bagi ½ ekar, disembur pada batas sebelum ditanam.
200ml Alfa Life + 18 liter air,
2 minggu selepas ditanam.
Sayuran

UNTUK POKOK BUAH-BUAHAN BATANG LEMBUT (PISANG, NENAS):
500ml Alfa Life + 18 liter air,
bagi 1 ekar.
200ml Alfa Life + 18 liter air,
bagi pokok muda.
 
Pisang

UNTUK CILI:
200ml Alfa Life + 18 liter air disembur pada pokok.
10 ml dititiskan pada tanah utk pokok muda.
cili


UNTUK POKOK BUNGA
(KERTAS, BUNGA RAYA, JENJARUM, ORKID) DAN SAYUR BERBUAH (STRAWBERI, TOMATO, ANGGUR):
500ml Alfa + 18 liter air dan disembur pada batas sebelum tanam.
200ml setelah ditanam.


UNTUK PADI:
200ml Alfa Life + 18 liter air disembur pada pokok,
2 kali semasa sebelum bunting dan setelah padi mula menguning. 


*Boleh juga disemburkan pada RUMPUT bagi menambahkan zat tambahan kepada ternakan anda dengan sukatan tertentu. Alfa Life memang 100% organik dan tidak membahayakan kepada ternakan utk memakannya.Baja kimia lain akan menyebabkan ternakan keracunan makanan.

Bagi kekerapan baja, sila rujuk jadual lengkap dibawah: (klik untuk lebih jelas)  


Sukatan dan kekerapan pengguunaan Alfa Life ini telah diuji keberkesanannya. Anda juga boleh menggunakan sukatan lain tetapi kos dan hasil tuaian mungkin akan berbeza daripada kajian kami.

Hubungi kami:

Wednesday, 6 March 2013

BAKTERIA DI DALAM ALFA LIFE DAN FUNGSINYA




Mikroorganisma adalah organisma mikroskopik yang terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan mikroskop. Terdapat lebih dari 1 billion organisma dalam 1 gram tanah.
Kombinasi mikroorganisma dapat mendatangkan hasil yang lumayan jika tahu akan fungsinya tersendiri.
Mikroorganisma membantu menstabilkan tanah dengan menghasilkan glomalin iaitu sebagai gam, menyatukan zarah lumpur dan bahan organik dan seterusnya membantu membentuk tanah yang subur.
Mikroorganisma membantu menguraikan sebatian rumit dalam tanah seperti tannins, linguins, protein, karbohidrat, selulosa, pectin dan sebagainya bagi memudahkan penyerapan oleh tumbuhan.
Penggunaan baja sintetik/ kimia secara berterusan akan menyebabkan tanah menjadi tandus dan bakteria baik tidak dapat hidup bersama dalam jangka masa panjang.
Baja sintetik yang diberi ibarat member makanan terus kepada tumbuhan dan menyebabkan tanah kehilangan segala kebaikan yang diberikan oleh mikroorganisma ini termasuk:
  1. Kawalan hakisan tanah.
  2. Menambah kandungan mineral dalam tanah.
  3. Menyahkan toksik.
  4. Menyihatkan pertumbuhan akar.
  5. Mengurai bahan organik dalam tanah.

Bakteria-bakteria yang terdapat dalam Alfa Life: 

1.  Bakteria Fotosintesis

Bakteria yang hidup berdikari yang menjana makanan untuk dirinya, bakteria lain dan tumbuh-tumbuhan.
Menggunakan tenaga foton dari matahari dan bahang dari tanah untuk membakar sumber organik, sumber bukan organik dan gas-gas merbahaya.
Menghasilkan unsur-unsur utama yang penting untuk tumbesaran tumbuhan seperti asid amino, asid nukleik, unsur bioaktif dan gula ringkas yang akan diserap terus oleh tumbuhan.
Unsur-unsur penting ini juga menjadi agen yang akan menarik dan menambah bilangan bakteria-bakteria baik yang penting untuk proses simbiosis sesama mereka.

2.  Bakteria Yis

Bakteria yang hidup secara simbiosis menggunakan hasil dari bakteria fotosintesis seperti asid amino dan gula ringkas.
Menghasilkan unsur bioaktif seperti hormon dan enzim-enzim yang mengaktifkan sel-sel tumbuhan dan percambahan akar.
Hasil-hasil itu juga penting untuk menarik bakteria-bakteria baik lain seperti asid laktik.

3.  Bakteria Asid Laktik
Merupakan bakteria kuat yang meneutralkan dan merencatkan mikrob merbahaya.
Menggalakkan proses penguraian bahan-bahan seperti lignin dan selulosa dan seterusnya mempercepatkan prosesfermentasi.
Juga membuang toksik yang disebabkan oleh bahan organik yang tidak terurai.
Menghasilkan asid laktik dari unsur karbohidrat dan gula.
Secara mudah hubungan antara bakteria-bakteria ini dapat dilihat seperti rajah dibawah:


Hubungan simbiosis antara bakteria dalam Alfa Life
Sememangnya penggunaan Baja Bermikrob ini masih sangat baru di Malaysia ini. Jadi tidak hairanlah jika para peladang masih sangsi lagi akan keberkesanannya.
Tapi berdasarkan testimoni dan pengiktirafan yang telah dilakukan oleh pihak berwajib, maka tidak mustahil bajaAlfa Life ini akan menjadi peneraju dalam penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian.


Hubungi Kami:


MEKANISME BAJA FOLIAR DALAM ALFA LIFE


  • Pembajaan foliar adalah teknik memberi baja kepada tanaman dengan menggunakan baja cair terus ke daun. 
  • Penyerapan terjadi melalui stomata daun dan juga melalui epidermis. 
  • Pergerakan nutrien biasanya lebih cepat melalui stomata, tetapi penyerapan total mungkin sama besar melalui epidermis. 
  • Tanaman juga boleh menyerap nutrisi melalui kulit (batang) mereka.
  • Teknik ini ditemui oleh Dr. HB Tukey, penyelidik tanaman terkenal dari Michigan State University (MSU) Jabatan Hortikultur pada tahun 1950-an.


  • Baja foliar akan masuk melalui liang stomata (majoriti berada pada bahagian bawah daun)
  • Kaedah ini memberi kesan 8 hingga 10 kali lebih efektif membekalkan nutrien dan lebih pantas dari kaedah baja tanah.
  • Apabila penyerapan baja meningkat, pembaziran akibat nutrien diserap oleh tanah dapat dihindar menggunakan sistem baja foliar ini.
  • Yang lebih penting adalah dengan hanya penggunaan baja yang minima akan meningkatkan kadar pangambilan air dan nutrient oleh pokok, sesetengah pengkaji menyatakan dalam nisbah 6:1.
  • Pembajaan foliar juga sangat efektif untuk membekalkan nutrien yang berkurangan dengan pantas
  • Kesan selepas disembur baja foliar akan dapat dilihat pada warna daun yang semakin hijau disebabkan pengeluaran klorofil pada sel-sel daun yang terkena matahari yang akanmempercepatkan proses fotosintesis (proses membuat makanan dari cahaya matahari).



-          Perbandingan kadar penyerapan antara penggunaan baja foliar dan baja butir:
SUMBER:

olecro@agro-k.co & blog bajafoliarterbaik



KELEBIHAN TAMBAHAN PENGGUNAAN BAJA FOLIAR ALFA LIFE:
  •  Alfa Life mengandungi bakteria baik untuk berkomunikasi dengan tumbuhan bagi membekalkan nutrien yang optimum kepada tumbuhan.
  • Kaedah pembajaan yang fleksibel - Tak perlu sembur pada daun jika pokok terlalu tinggi, sembur saja pada batang.
  • Menjimatkan kos - Penggunaan baja yang sedikit sudah mencukupi disamping mengurangkan pembaziran jika menggunakan baja tabur yang akan larut air semasa hujan.
Hubungi kami: